Aku Seorang Wanita..
dini hari aku tetap wanita...
hari berganti hari..
zaman bertukar zaman..
gelaran wanita ini tetap padaku..
kadangkala aku pasrah..
kerana merasakan..
bahawa wanita ini sangat lemah..
tapie......
segalanya telah tertulis..
tentang hakikat kejadian wanita ini..
bila menitiskan air mata..
aku mendambakan diri hanya pada yang esa..
bila aku mendambakan kasih dan sayang..
ku mengharap agar ada yang datang..
namun..
aku lemah kerana aku begelar wanita..
aku lembut kerana itulah sifatku..
kerana itulah hakikat wanita..
dalam kesepian..
aku terus menunggu..
dalam kegelapan..
aku inginkan penyuluh jalan..
terlena mataku..
tiada siapa yang tahu..
terluka hatiku..
tiada siapa yang tahu..
hanya ALLAH yang maha mengetahui..
angin terus bertiup..
wajahku mengukir sebuah senyuman..
senyuman yang penuh makna..
aku gembira dengan diriku..
kerana aku selalu..
menginginkan untuk menjadi,..
wanita yang solehah..
aku yakin diriku mampu..
menjadi seorang wanita yang solehah..
dan...mukminah..
tapi..aku tetap merasakan keraguan..
adakah aku mampu untuk melaksanakannya..
aku menginginkan kasih sayang..
dari seorang suami yang soleh..
walaupun ia sukar..
tapi aku harus sabar...
dengan dunia yang penuh mencabar..
senja itu...
aku termenung di jendela..
aku peluk bayangan yang datang..
tapi..aku tidak dapat merasakannya,..
adakah ia satu ilusi atau mainan fantasi..
astaghfirullah...
aku tidak mampu menahan perasaan ini..
aku tidak mampu menahan...
titisan air mata ini..
sunyi sayup...
tiada suara yang terdengar..
kecuali rintihan..
dan tangisan hati..
yang tiada siapa ketahui..
0 comments:
Post a Comment