Alhamdulillah.. dengan izin dan rahmat Allah aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini..dan sementara kesempatan ini masih lagi dalam rahmat dan lindunganNYA, aku berharap agar sinar-sinar kebahagiaan akan sentiasa mewarnai hidup aku..dengan segala coretan yang aku zahirkan di dalam blog ini mudah-mudahan ia akan menjadi satu kenangan terindah dalam hidup aku, walaupun satu saat nanti mungkin aku akan kembali juga kepada Yang Maha Pencipta..
Aku bersyukur dengan segala kegembiraan dan kesedihan yang aku lalui sepanjang tahun ini kerana ia lebih mematangkan diri aku walaupun kadangkala aku alpa dengan kurniaan dariNYA..aku hanya manusia biasa yang sentiasa ingin lakukan yang terbaik dalam apa juga yang aku lakukan..dan begitu juga, aku inginkan yang terbaik buat keluarga tersayang serta orang-orang disekeliling aku..tanpa mereka semua mungkin aku tidak akan dapat berdiri selepas beberapa kali aku terjatuh dan terluka..segala apa yang tersirat dalam diriku tidak semua dapat dizahirkan kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, dan Dia juga yang telah menetapkan setiap inci perjalanan hidup yang telah dan bakal aku lalui kelak..
Aku berharap agar sinar tahun baru pada kali ini akan lebih memberi makna dalam kehidupan aku dan keluarga serta insan-insan yang aku sayang..InsyaAllah..Amin~
Thursday, 30 December 2010
~camat tahun baru~(*_-)v
Posted by Nurain at 02:18
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment