CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 10 November 2011

Takdir Dan Waktu.

Tidak siapa tahu takdir yang telah tertulis untuk diri mereka. Begitu juga aku. Takdir adalah urusan Allah yang yang terbaik untuk hambaNya. Sebagai hambaNya kita perlu redha. Kadangkala kita mempersoalkan mengapa sesuatu kejadian itu tidak berlaku awal dan mengapa berlaku terlalu lewat. Jika tidak tentu tidak berlaku begini dan tentu tidak berlaku begitu. Berhati-hatilah kerana anda sedang melangkaui zon syirik jika anda mempersoalkan takdir Allah. 


Aku juga pernah mempersoalkan mengapa aku tidak ditemukan dengan si dia sebelum si dia. Mengapa si dia tidak seperti si dia. Mengapa si dia tidak secantik si dia. Mengapa kini baru ketemui dirinya. Mengapa dan mengapa. Astaghfirullah! Begitu banyak persolan yang sering bermain di minda. Ya Allah, ampunkan aku! Lailahaillallah Muhammadarrasulullah!! Beristighfar dan mengucaplah jika perkara ini berlaku pada diri anda.

Terdapat pepatah yang menyatakan bahawa jika kita gagal merancang bererti kita sedang merancang untuk gagal. Ini bererti sesuatu perkara yang berlaku itu adalah dari perancangan yang telah kita lakukan dengan izin Allah. Aku suka merancang. Tentang aktiviti harian, mingguan dan tahunan untuk aku dan keluarga. Tentang apa yang akan aku lakukan jika aku seorang jutawan. Tentang apa yang akan aku lakukan setelah aku bekerja. Tentang apa sahaja aku akan rancang dengan teliti. 


Tetapi tidak semua perkara yang berlaku sama seperti yang telah aku rancangkan. Kadang-kala sesuatu itu berlaku dengan sendirinya tanpa perancangan yang telah aku lakukan. Perancangan ini adalah perancangan Allah. Takdir dari Allah. Oleh itu tiap-tiap perancangan itu haruslah disertakan dengan niat kerana Allah. Insyaallah dengan niat yang betul Allah akan permudahkan segala urusan seperti yang dirancang. Ini kerana perancang yang terbaik adalah Allah.


.:JAM:.

zikrullah

...hari ini...