CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 30 September 2010

aku, kanvas dan kehidupan...

Ilham berkarya terhenti seketika, sebaliknya ilham menulis pula mengetuk pintu minda. Berus yang seharusnya daku palit dengan akrilik di permukaan kanvas terhenti sapuannya. Dua pemidang kanvas masih polos…entah bila akan daku terjemahkan ideanya secara visual. Kali ini cubaan untuk menghasilkan karya abstrak bertemakan sifat Kamal dan Jamal Maha Pencipta. Sebelumnya, daku cuba untuk bereksperimentasi dengan aliran dan teknik yang berbeza dari biasa. Kesudahannya karya di hadapan mata kelihatan kaku gayanya. Lalu, segera daku menutup kekakuan tersebut dengan lapisan warna rata untuk menyembunyikan kelemahan yang ada.
Seolah-olah mudah melihat pengkarya lain menghasilkan karya abstrak, tetapi tidak semudah itu bila daku cuba untuk mengaplikasinya di permukaan kanvas.  Jelas, tanggapanku tersasar dari landasan. Setiap pengkarya punya kelebihan tersendiri dalam menampilkan aliran, media mahupun teknik sebagai pilihan. Daku, masih lagi kaku…
Berus, warna dan kanvas…sabar seketika sementara ilham berkaryaku pulih seperti sediakala…

Sunday 26 September 2010

SYUKRAN YA ALLAH...

1.50a.m

Hari ini genaplah usiaku 22 tahun..Terima Kasih Ya ALLAH kerana kau masih memberi aku kesempatan untuk bernafas dan menjadi khalifah di bumiMU...aku sungguh terharu dengan segala ucapan dari kawan-kawanku..ingat juga mereka pada insan yang kerdil ini..
Terima Kasih MAK kerana melahirkan ain..ain sayang mak sangat-sangat, segala jasa dan pengorbanan mak pada ain terlalu banyak sehingga kadangkala ain menitiskan air mata di waktu malam kerana teringatkan mak..ain tak nak mak risaukan ain kat sini..InsyaALLAH ain akan jaga diri sebaik mungkin, ain akan jaga maruah keluarga dan ain akan berusaha belajar sebaik mungkin, ain tak nak juga hampakan harapan mak..ain akan ingat segala pesanan mak pada ain..ain tahu ain kena kuat walaupun ain seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga ..perasaan sayang ain pada mak terlalu banyak sehingga ain tidak dapat meluahkannya dengan kata-kata, walaupun pada realitinya ain tak dapat zahirkan perasaan itu..mak terima sekali lagi untuk segalanya..sayang mak teramat sangat..='(
Terima kasih AYAH kerana menjadi ketua yang baik dalam keluarga..terima kasih kerana ayah bersusah payah mencari rezeki membesarkan kami berempat..jasa dan pengorbanan ayah terlalu banyak, sukar untuk ain gambarkan dengan kata-kata..ayah..terima kasih juga kerana ayah mendoakan anakmu ini tiap kali waktu solat..ain tahu segala kegembiraan dan kemanisan hidup yang ain kecapi pada hari ini adalah berkat DOA dari ayah..terima kasih kerana ayah memberi didikan agama yang sepenuhnya kepada kami..terima kasih kerana ayah sentiasa menitikkan beratkan kami tentang solat 5 waktu...terlalu besar tanggungjawab ayah kepada kami dan ayah mampu laksanakannya sehinggalah sekarang kami semakin meningkat dewasa..walaupun kasih sayang ayah tidak pernah ayah tunjukkan tapi ain tahu ayah setiap detik dan saat ayah terlalu risaukan ain..dan perasaan itu ayah akan hanya luahkan pada mak..tiap kali itu juga ain akan mengalirkan air mata bila teringat dan terkenangkan kedua insan yang boleh ain anggapkan permata dalam hidup ain ini... 
TERIMA KASIH SEKALI LAGI YA ALLAH KERANA KAU KURNIAKAN AKU DUA ORANG INSAN YANG SANGAT ISTIMEWA DALAM HIDUPKU INI..KAU BERIKANLAH KESIHATAN YANG BAIK KEPADA MEREKA..KAU KURNIAKAN MEREKA KEGEMBIRAAN YA ALLAH..KAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA DAN KAU TABAHKANLAH HATI MEREKA MENEMPUH SEGALA UJIAN YANG KAU BERIKAN..AMIN...



                                                                                                                      warkah dari aien.....

Wednesday 22 September 2010

Pabila hati berbisik..

BERBOHONGLAH jika ada sesiapa yang mahu melupakan sesuatu.
Sesuatu yang pernah menjadi titik dan detik dalam nota hidupnya.
Melupakan..sama sahaja bicara sang perajuk atau si patah hati.

Simpanlah di sudut mana pun, dalam diri dan hati atau dicampak ke mana sahaja tempat kepunyaan Tuhan ini, ingatan manusia tidak akan terhilang, juga terpadam.

Kenangan bukan api yang boleh dipadamkan dengan menjirus air dan menyembur bisa, atau apa sahaja. Ia selalu bertandang kembali pada detik-detik kemudian.

Barangkali mengganggu. Mengusik atau mencambah rasa suka, senyum riang.. Terpulang.

Kenangan datang lagi, antara mimpi dan realiti, antara suka dan pedih..
Itulah hakikat kehidupan manusia.
Kenangan kadangkala menjadi tetamu. Tetamu yang tidak diundang.
Bertandang dalam sedar, antara tangis gembira dan ketawa duka antara membenci dan menyukainya.

Dan kenangan bukan suatu pembohongan.
Masa-masa yang berlalu adalah sejarah.
Kehidupan adalah hari ini.
Esok belum pasti.
Biar apa pun perancangannya.
Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak. Bukan hakiki.
Yang penting dalam hidup ini, juga suatu kewajipan, mempercayai takdir juga qada dan qadar dariNYA..
sha

hari ini...

23. 9 2010
3.00am
Aku masih distudio menyiapkan kerja yg sudah lama tertangguh. kemengantukan mula melanda diriku dan aku masih disini. hmm..ntah bila la kerja aku nk siap..minggu depan terlalu banyak perkara yang harus difikirkan terutama pembentangan tentang final projek..arrgghhhh...peneng kepala aku memikirkannya..walaupun aku terpaksa lalui semua neh tapi aku tetap bersyukur kerana aku masih diberi peluang olehNYA untuk menikmati segala nikmat dan kurniaanNYA di atas muka bumi ini..Aku tekad dan tanamkan dalam diri bahawa segala dugaan dan  cabaran yang aku lalui sekarang adalah kemanisan buat aku di masa hadapan..segalanya adalah kenangan buat aku..biarlah apa yang berlaku aku akan tetap menjadi diri aku..YA ALLAH, kuat lah semangat hambamu ini untuk menempuhi segala-galanya dengan tabah.....amin..

Diari Dari Aien..

22. 9. 2010....
Thanks sangat kat awk sbb sudi luangkan sedikit masa untuk bantu sy buat blog neh..ntah sy pn x taw nape la sbelum neh sy slalu je lupa pasword bila nk buka blog..but now klu sy terlupa skurang kurangnya awk bley ingat kan sy..hehe..trima kasih awak...  (khas utk die..=') )

.:JAM:.

zikrullah

...hari ini...