CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 22 September 2010

Pabila hati berbisik..

BERBOHONGLAH jika ada sesiapa yang mahu melupakan sesuatu.
Sesuatu yang pernah menjadi titik dan detik dalam nota hidupnya.
Melupakan..sama sahaja bicara sang perajuk atau si patah hati.

Simpanlah di sudut mana pun, dalam diri dan hati atau dicampak ke mana sahaja tempat kepunyaan Tuhan ini, ingatan manusia tidak akan terhilang, juga terpadam.

Kenangan bukan api yang boleh dipadamkan dengan menjirus air dan menyembur bisa, atau apa sahaja. Ia selalu bertandang kembali pada detik-detik kemudian.

Barangkali mengganggu. Mengusik atau mencambah rasa suka, senyum riang.. Terpulang.

Kenangan datang lagi, antara mimpi dan realiti, antara suka dan pedih..
Itulah hakikat kehidupan manusia.
Kenangan kadangkala menjadi tetamu. Tetamu yang tidak diundang.
Bertandang dalam sedar, antara tangis gembira dan ketawa duka antara membenci dan menyukainya.

Dan kenangan bukan suatu pembohongan.
Masa-masa yang berlalu adalah sejarah.
Kehidupan adalah hari ini.
Esok belum pasti.
Biar apa pun perancangannya.
Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak. Bukan hakiki.
Yang penting dalam hidup ini, juga suatu kewajipan, mempercayai takdir juga qada dan qadar dariNYA..
sha

0 comments:

.:JAM:.

zikrullah

...hari ini...