1.50a.m
Hari ini genaplah usiaku 22 tahun..Terima Kasih Ya ALLAH kerana kau masih memberi aku kesempatan untuk bernafas dan menjadi khalifah di bumiMU...aku sungguh terharu dengan segala ucapan dari kawan-kawanku..ingat juga mereka pada insan yang kerdil ini..
Terima Kasih MAK kerana melahirkan ain..ain sayang mak sangat-sangat, segala jasa dan pengorbanan mak pada ain terlalu banyak sehingga kadangkala ain menitiskan air mata di waktu malam kerana teringatkan mak..ain tak nak mak risaukan ain kat sini..InsyaALLAH ain akan jaga diri sebaik mungkin, ain akan jaga maruah keluarga dan ain akan berusaha belajar sebaik mungkin, ain tak nak juga hampakan harapan mak..ain akan ingat segala pesanan mak pada ain..ain tahu ain kena kuat walaupun ain seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga ..perasaan sayang ain pada mak terlalu banyak sehingga ain tidak dapat meluahkannya dengan kata-kata, walaupun pada realitinya ain tak dapat zahirkan perasaan itu..mak terima sekali lagi untuk segalanya..sayang mak teramat sangat..='(
Terima kasih AYAH kerana menjadi ketua yang baik dalam keluarga..terima kasih kerana ayah bersusah payah mencari rezeki membesarkan kami berempat..jasa dan pengorbanan ayah terlalu banyak, sukar untuk ain gambarkan dengan kata-kata..ayah..terima kasih juga kerana ayah mendoakan anakmu ini tiap kali waktu solat..ain tahu segala kegembiraan dan kemanisan hidup yang ain kecapi pada hari ini adalah berkat DOA dari ayah..terima kasih kerana ayah memberi didikan agama yang sepenuhnya kepada kami..terima kasih kerana ayah sentiasa menitikkan beratkan kami tentang solat 5 waktu...terlalu besar tanggungjawab ayah kepada kami dan ayah mampu laksanakannya sehinggalah sekarang kami semakin meningkat dewasa..walaupun kasih sayang ayah tidak pernah ayah tunjukkan tapi ain tahu ayah setiap detik dan saat ayah terlalu risaukan ain..dan perasaan itu ayah akan hanya luahkan pada mak..tiap kali itu juga ain akan mengalirkan air mata bila teringat dan terkenangkan kedua insan yang boleh ain anggapkan permata dalam hidup ain ini...
TERIMA KASIH SEKALI LAGI YA ALLAH KERANA KAU KURNIAKAN AKU DUA ORANG INSAN YANG SANGAT ISTIMEWA DALAM HIDUPKU INI..KAU BERIKANLAH KESIHATAN YANG BAIK KEPADA MEREKA..KAU KURNIAKAN MEREKA KEGEMBIRAAN YA ALLAH..KAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA DAN KAU TABAHKANLAH HATI MEREKA MENEMPUH SEGALA UJIAN YANG KAU BERIKAN..AMIN...
warkah dari aien.....
0 comments:
Post a Comment