CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 18 April 2011

Terima Kasih Di atas Kurniaan itu...

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Disini saya kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..

Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)

Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadukepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.

HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang.

salam sayang....=)

Thursday 7 April 2011

Kata- Kata Indah ( DR. Mohd Asri Zainal Abidin)

Apabila kita asyik duduk termenung mengenangkan nasib diri sendiri di sini..
Merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..
Namun.. kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..


Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya..
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta..
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukanlah segala-galanya..
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar...
tidur diatas katil yang empuk..Tetapi...lenanya tidak nyenyak..
Bahkan ada orang yang tidur di dalam pondok yang buruk...
Kadang-kadang dia lebih lena dari kita..=')


Ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat..
lauk pauk yang bagus..tetapi...lidahnya tidak enak..
Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang..
hanya dengan satu atau dua lauk...
Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..
kata HAMKA " lihatlah bagaimana ALLAH membahagi-bahagikan nikmatnya"..
semua orang sangka jika seseorang itu ada rumah yang besar..
makanan yang sedap...tentulah hidup mereka bahagia..
BELUM TENTU....


Tiada siapa mampu menghalang ketetapan ALLAH..
Jika ALLAH hendak memberikan kebahagian kepada seseorang..
dia tidak boleh ditahan dengan apa2 tangan sekalipun..
Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh dihulur dengan apa-apa tangan sekalipun..
Jika ALLAH uruskan urusan kita..
dan ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita..
walaupun sekelip mata..
dunia tidak boleh berbuat apa-apa...
kerana mereka tidak boleh mencabar Kebesaran-kebesaran ALLAH..
Jika ALLAH mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..
Kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH..
Apa yang orang rasa kita rugi...
ALLAH akan memberikan keuntungan yang mana..
jalan-jalan manusia yang tidak sangka..
ALLAH boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..


Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..
Kadang-kadang manusia selalu beranggapan mereka telah hilang segala-galanya..
sebenarnya berapa banyak dalam kehidupan, kita lalui keperitan hidup??
Ketika kita terkena keperitan..
Kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya..
Tetapi hari ini ALLAH telah mengeluarkan kita dalam keadaan yang baik..
Ketika kita ditimpa dengan musibah tertentu...
kita selalu berkata " habislah aku kali ini"..
Tetapi...usia kita telah berjalan..
dan pada hari ini...kita masih lagi hidup dan makan..
dan menikmati kurniaan kehidupan ini..


Ketika berkata.."YA ALLAH..tolonglah aku, aku susah YA ALLAH..
hari ini pun kita telah lupa akan perkataan itu..
dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur..
Diatas pelbagai ranjau hidup yang ALLAH telah keluarkan kita daripadanya..
Apabila kita diuji..sebenarnya iman kita makin bertambah..
Cukuplah bagi kami YA ALLAH..kepadaMU tempat disandarkan segala urusan..


Pengalaman sering mematangkan kita...
sesiapa yang tidak pernah melalui..dia tidak akan memahami maksudnya..
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal..
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..
Bila hati insan bulat kepada YA RABBI..
YA ALLAH..aku serah segala urusan ini kepadamu YA ALLAH..=')



.:JAM:.

zikrullah

...hari ini...