CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 24 October 2010

Erti Persahabatan

assalamualaikum
Pada post kali neh aku teringin sekali ingin membicarakan soal persahabatan..Entah la, tiba-tiba topik neh sering bermain main di minda aku sejak akhir-akhir neh..

Apa erti sahabat??
Sebelum itu aku ingin berkongsi satu cerita sedih yang pernah aku lalui sebelum ini..
dahulu...aku pernah menemui seorang sahabat sejati yang aku berkongsi segala kesedihan, keperitan, kegembiraan dan apa-apa je perasaan dengannya..dia seorang anak dan juga sahabat yang baik..terlalu jauh beza d antara aku dan dia..terlalu banyak kenangan tercipta sehinggakan bila tiba satu saat aku akan mengalirkan air mata jika terkenang kembali saat-saat manis aku dengannya..

Aku berkawan dengannya semenjak dari tingkatan satu hingga lah ke tingkatan lima..dan selepas itu kami berpisah kerana dia menetap di hostel dan aku pula di rumah..sewaktu tempoh kami berpisah aku terlalu rindukan dia..sehingga la sampai satu saat selepas aku dan dia menamatkan latihan plkn di tempat yang berasingan, dia menelefon aku dan menyatakan bahawa dia juga merindui aku..kami seperti adik beradik yang tidak boleh dipisahkan..aku gembira sekali mendengar suara cerianya..aku rindukan gelak tawanya Ya Allah..='(

Hari demi hari yang aku lalui selepas menamatkan SPM berlalu dengan penuh warna-warni sehinggakan kami terputus hubungan dan meneruskan haluan hidup masing-masing..apabila sampai satu saat di mana ketika aku menjejakkan kaki di USM ini, bayangan dan memori bersama dia tiba-tiba segar dalam ingatan aku. aku ingin berhubung dengan dia, aku ingin mengetahui khabar dari dia..aku rindukan dia Ya Allah..

Pada tanggal 30 JANUARI 2010..aku terlalu terkejut mendengar berita tentang kemalangan yang dia alami, dan aku di khabarkan bahawa dia meninggal dunia di tempat kejadian..pada saat aku mendapat berita itu juga aku langsung tidak boleh berfikir dan tergamam di depan laptopku, mukaku pucat dan darah yang mengalir dalam tubuhku seolah-olah berhenti dalam pengailrannya..apa semua ini..adakah benar khabar yang sampai kepadaku atau adakah aku sebenarnya berada dalam mimpi..apabila aku sendiri melihat keadaan keretanya yang remuk teruk di wall facebook kawan aku barulah aku mempercayai semua ini....

FARAHIN...kau seorang sahabat yang baik dan ALLAH amat menyayangimu sayang..kau seorang anak yang solehah, yang sentiasa hormat pada ibu bapamu, yang sentiasa menghormati aku sebagai sahabatmu dan sentiasa inginkan yang terbaik dalam hubungan persahabatan kita..Amanlah dikau disana sahabatku kerana ada bahagia yang menantimu di sana..

FARAHIN...aku nak kau tahu bahawa kau adalah sahabat terbaik yang pernah aku temui..

FARAHIN..aku nak kau tahu disaat aku meluahkan kata-kata ini, air mataku mengalir mengimbas kembali kenangan demi kenangan yang kita lalui bersama dahulu..Terlalu indah..

Walaupun kini kau tiada disisiku, aku ingin kau tahu bahawa kau akan sentiasa ada dalam hatiku.. aku tahu aku harus pasrah dan akur dengan ketentuan Ilahi..

Dan sekarang semuanya kembali seperti sedia kala walaupun selepas kejadian itu aku mengambil masa yang lama untuk tidak terlalu memikirkannya..

Dan sebagai insan yang masih bernafas..aku  tahu bahawa aku harus meneruskan hidup dengan sempurna dan disini aku telah temui beberapa orang kawan baik yang layak aku gelarkanya sebagai sahabat..

       Biarlah masa dan keadaan yang menentukan selama mana persahabatan ini akan terjalin..


afiz seorang yang layak aku panggilkannya sahabat kerana dia amat memahami diriku..sanggup lalui susah dan senang bersama ketika aku berada di alam universiti..terlau mengambil berat tentang keadaan diriku...maafkan aku kerana kadangkala sifat degilku membuatkan kau pening kepala..=)


Nurul..yang aku boleh anggap die seperti akak kerana selalu saja menasihatiku bila mana aku terleka dengan kehidupan ini..seorang yang alim dan kadang kala bersifat sempoi juga..dan yang paling penting dia bukanlah seorang yang mudah tertarik dengan kaum adam kerana baginya kaum lelaki amat menyusahkan..=) good ur statement nurul..hehe..(gurau k)


kalai selvi...ahah..muka seperti malay right??..dia bukan malay pn..tp india..ramai sangat orang confius dengan dia punya face..pape pn dia neh my best friend juga..tua dari aku setahun..walaupun kadangkala dia memeningkan my kepala but ok sangat time die caring dengan aku n afiz..hehe=)


Tuan Mohd Khairil..@ abe..hihi.. dia seorang yang kelantanis..suka bergosip juga dan kadangkala kelakar bila berborak denganya...suka sangat memancing but time memancing afiz yang selalu dapat ikan..haha padan muka abe x dapat..ups! terlebih suda.

And lagi satu sebelum tertinggal ade la seorang budak neh yang terlalu busy sekarang dengan kehidupan beliau..so, xmo la ganggu-ganggu beliau..kalau ganggu nanti mesti dia jadi harimau yang makan orang..haha..
(gurau je k).. kepada dia jangan marah-marah t cepat tua..=)..kamu pun sahabat yang disayangi juga..

Finally Mereka ini la sebahagian dari life aku kat campus sekarang..happening sangat dengan diorang and walaupun aku bahagia dengan kehidupan yang dikelilingi dengan sahabat yang aku sayangi..aku tetap tidak akan melupakan nama yang sentiasa tersemat dalam hatiku ini.. NURFARAHIN SALFINA...


warkah dari aien...

Friday 22 October 2010

The Rest Of My Life

Aku x tahu semangat ape yang meresap masuk dalam diriku neh sehingga kan sejak kebelakangan ini rajin pulak aku meng'hupdet' blog yang x brapa nak cantik neh.. hehe..

Tapi bagus jugakan, kalau x... hmm x tahu la zaman bila aku nak merajinkan diri untuk post something kat blog neh,..so, x kisah la ape pn yang penting pada entry kali neh aku nak share something yang boleh la dikatakan interesting kot..eceh!..

The rest of my life..


I praise ALLAH for sending me you my love,
You found your home and sail with me,
And I'm here with you,
Now let me let you know
You're opened my heart
I was always thinking that love was wrong,
But everything was changed
when you came along..


                       And there is a couple words,
                       I want to say for the rest of my life
                       I'll be with you
                       I'll stay by your side
                       honest and true
                       Till the end of my time
                       I'll be loving you...


For the rest of my life,
Through days and night,
I thank ALLAH,
For opened my eyes
Now and forever,
I'll be there for you,
I know it deep 
in my heart....


Sooo.. cne best x..ok la nk solat magrib...
assalamualaikum...=)

Wednesday 20 October 2010

~Yang Terindah~

assalamualaikum
x de ape yang aku nk share kat blog neh..sbb xde idea nk tulih ape.. so bila buka je laman neh perkara pertama yang aku akan wat adalah mendengar lagu pavret aku..ntah la ea, lagu neh..urmm  x taw la nk ckp cne.. memang best r...


suka cita dimaklumkan disini bahawa aku bukanlah dikategorikan sebagai seorang yang 'jiwang'..eceh!.but ok la layan lagu neh time boring2, time xde ape nk wat n time nk tido pn ley gak kot layan..


smbil baca2 neh smbil la klik kat lagu in my blog neh k..xde pape pn yg intresting..Cooo enjoyzzz..


Semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau mengetuk pintu hatiku
tanpa ku sedar hingga ku izinkan..


                kau yang bernama cinta
                kau yang memberi rasa 
                kau yang ilhamkan bahagia 
                hingga aku terasa indah..


maaf jika ku tidak sempurna
tika bahagia mula menjelma
bila keyakinan datang merasa
kasih disalut dengan kejujuran


                mencintai dirimu
                merindui dirimu
                memiliki dirimu
                hingga akhir hayat bersama kamu


kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah..




                                                                  ahaks!  ^_*

Sunday 17 October 2010

..Menghitung Hari...

Hari neh 18 oktober 2010..lagi berapa hari je lagi aku akan berhadapan dengan  final exam..fikiranku bercelaru dan buat masa sekarang hanya mak yang aku perlukan dalam hidupku..walaupun hanya beberapa paper sahaja tapi bila difikirkan balik, begitu berat untuk aku lakukan kerana keyakinan diri aku yang lemah buat masa ini...

Aku  tidak tahu perasaan apakah yang membelengu hatiku ini..adakah aku risau tentang work-work yang belum aku siapkan, adakah aku risau tentang pembentanagn yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi neh,.. atau adakah aku risau tentang desakan demi desakan  dari lecturer, kawan-kawan dan argghhhh sape-sape jelah..

Oleh sebab itulah aku mengambil keputusan untuk membiarkan apa saja yang berlaku selepas ini.. dan meluah segalanya di dalam blog ini...

Dalam kerisauan yang begitu menebal dalam diriku ini juga ade terselit rasa kesyukuran kerana Dia masih ade disisiku..thanks a lot..Dia tempat aku meluahkan segalanya, kesedihan, kegembiraan..dan lain-lain perasaan yang aku rasa..=')

Walaupun kehidupanku jauh berbeza dengannya.. tapi Dia amat memahami diriku..sentiasa memberiku sokongan terhadap apa-apa juga yang aku lakukan. Tidak pernah mambangkang malah menegur bila aku melakukan kesilapan..

 Syukur Ya Allah di atas kurniaanMU..



warkah dari aien...

Friday 8 October 2010

Mencari Cahaya..

8.00pm

Sedang asyik aku menyiapkan assigment di papan skrin laptopku..hatiku tiba-tiba terbuai dengan satu alunan yang begitu menyentuh hatiku..aku mula menyelami bait demi bait lirik tersebut dan akhirnya aku memahami bahawa lirik itu sebenarnya membawa maksud yang sangat mendalam pada diriku...

"Kau yang pertama
 tiada akhirnya
 aku dalam kegelapan
 engkaulah cahaya
 izinkanlah aku
 menumpang disini
 dibawah naungan 
 kasih dan sayangMU
 kuberserah diri.."

kadang-kadang sedang asyik kita di buai arus duniawi, kita alpa dengan setiap pemberianNYA..
kita jahil dalam memahami erti sebenar CINTA dan KASIH SAYANG..
adakah kita pernah terfikir bahawa CINTA dan  KASIH SAYANG yang hakiki sebenarnya hanyalah pada DIA yang MAHA ESA....






 

.:JAM:.

zikrullah

...hari ini...