CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 24 October 2010

Erti Persahabatan

assalamualaikum
Pada post kali neh aku teringin sekali ingin membicarakan soal persahabatan..Entah la, tiba-tiba topik neh sering bermain main di minda aku sejak akhir-akhir neh..

Apa erti sahabat??
Sebelum itu aku ingin berkongsi satu cerita sedih yang pernah aku lalui sebelum ini..
dahulu...aku pernah menemui seorang sahabat sejati yang aku berkongsi segala kesedihan, keperitan, kegembiraan dan apa-apa je perasaan dengannya..dia seorang anak dan juga sahabat yang baik..terlalu jauh beza d antara aku dan dia..terlalu banyak kenangan tercipta sehinggakan bila tiba satu saat aku akan mengalirkan air mata jika terkenang kembali saat-saat manis aku dengannya..

Aku berkawan dengannya semenjak dari tingkatan satu hingga lah ke tingkatan lima..dan selepas itu kami berpisah kerana dia menetap di hostel dan aku pula di rumah..sewaktu tempoh kami berpisah aku terlalu rindukan dia..sehingga la sampai satu saat selepas aku dan dia menamatkan latihan plkn di tempat yang berasingan, dia menelefon aku dan menyatakan bahawa dia juga merindui aku..kami seperti adik beradik yang tidak boleh dipisahkan..aku gembira sekali mendengar suara cerianya..aku rindukan gelak tawanya Ya Allah..='(

Hari demi hari yang aku lalui selepas menamatkan SPM berlalu dengan penuh warna-warni sehinggakan kami terputus hubungan dan meneruskan haluan hidup masing-masing..apabila sampai satu saat di mana ketika aku menjejakkan kaki di USM ini, bayangan dan memori bersama dia tiba-tiba segar dalam ingatan aku. aku ingin berhubung dengan dia, aku ingin mengetahui khabar dari dia..aku rindukan dia Ya Allah..

Pada tanggal 30 JANUARI 2010..aku terlalu terkejut mendengar berita tentang kemalangan yang dia alami, dan aku di khabarkan bahawa dia meninggal dunia di tempat kejadian..pada saat aku mendapat berita itu juga aku langsung tidak boleh berfikir dan tergamam di depan laptopku, mukaku pucat dan darah yang mengalir dalam tubuhku seolah-olah berhenti dalam pengailrannya..apa semua ini..adakah benar khabar yang sampai kepadaku atau adakah aku sebenarnya berada dalam mimpi..apabila aku sendiri melihat keadaan keretanya yang remuk teruk di wall facebook kawan aku barulah aku mempercayai semua ini....

FARAHIN...kau seorang sahabat yang baik dan ALLAH amat menyayangimu sayang..kau seorang anak yang solehah, yang sentiasa hormat pada ibu bapamu, yang sentiasa menghormati aku sebagai sahabatmu dan sentiasa inginkan yang terbaik dalam hubungan persahabatan kita..Amanlah dikau disana sahabatku kerana ada bahagia yang menantimu di sana..

FARAHIN...aku nak kau tahu bahawa kau adalah sahabat terbaik yang pernah aku temui..

FARAHIN..aku nak kau tahu disaat aku meluahkan kata-kata ini, air mataku mengalir mengimbas kembali kenangan demi kenangan yang kita lalui bersama dahulu..Terlalu indah..

Walaupun kini kau tiada disisiku, aku ingin kau tahu bahawa kau akan sentiasa ada dalam hatiku.. aku tahu aku harus pasrah dan akur dengan ketentuan Ilahi..

Dan sekarang semuanya kembali seperti sedia kala walaupun selepas kejadian itu aku mengambil masa yang lama untuk tidak terlalu memikirkannya..

Dan sebagai insan yang masih bernafas..aku  tahu bahawa aku harus meneruskan hidup dengan sempurna dan disini aku telah temui beberapa orang kawan baik yang layak aku gelarkanya sebagai sahabat..

       Biarlah masa dan keadaan yang menentukan selama mana persahabatan ini akan terjalin..


afiz seorang yang layak aku panggilkannya sahabat kerana dia amat memahami diriku..sanggup lalui susah dan senang bersama ketika aku berada di alam universiti..terlau mengambil berat tentang keadaan diriku...maafkan aku kerana kadangkala sifat degilku membuatkan kau pening kepala..=)


Nurul..yang aku boleh anggap die seperti akak kerana selalu saja menasihatiku bila mana aku terleka dengan kehidupan ini..seorang yang alim dan kadang kala bersifat sempoi juga..dan yang paling penting dia bukanlah seorang yang mudah tertarik dengan kaum adam kerana baginya kaum lelaki amat menyusahkan..=) good ur statement nurul..hehe..(gurau k)


kalai selvi...ahah..muka seperti malay right??..dia bukan malay pn..tp india..ramai sangat orang confius dengan dia punya face..pape pn dia neh my best friend juga..tua dari aku setahun..walaupun kadangkala dia memeningkan my kepala but ok sangat time die caring dengan aku n afiz..hehe=)


Tuan Mohd Khairil..@ abe..hihi.. dia seorang yang kelantanis..suka bergosip juga dan kadangkala kelakar bila berborak denganya...suka sangat memancing but time memancing afiz yang selalu dapat ikan..haha padan muka abe x dapat..ups! terlebih suda.

And lagi satu sebelum tertinggal ade la seorang budak neh yang terlalu busy sekarang dengan kehidupan beliau..so, xmo la ganggu-ganggu beliau..kalau ganggu nanti mesti dia jadi harimau yang makan orang..haha..
(gurau je k).. kepada dia jangan marah-marah t cepat tua..=)..kamu pun sahabat yang disayangi juga..

Finally Mereka ini la sebahagian dari life aku kat campus sekarang..happening sangat dengan diorang and walaupun aku bahagia dengan kehidupan yang dikelilingi dengan sahabat yang aku sayangi..aku tetap tidak akan melupakan nama yang sentiasa tersemat dalam hatiku ini.. NURFARAHIN SALFINA...


warkah dari aien...

0 comments:

.:JAM:.

zikrullah

...hari ini...