Thursday, 30 September 2010
aku, kanvas dan kehidupan...
Posted by Nurain at 20:48 0 comments
Sunday, 26 September 2010
SYUKRAN YA ALLAH...
1.50a.m
warkah dari aien.....
Posted by Nurain at 11:18 0 comments
Wednesday, 22 September 2010
Pabila hati berbisik..
Sesuatu yang pernah menjadi titik dan detik dalam nota hidupnya.
Melupakan..sama sahaja bicara sang perajuk atau si patah hati.
Simpanlah di sudut mana pun, dalam diri dan hati atau dicampak ke mana sahaja tempat kepunyaan Tuhan ini, ingatan manusia tidak akan terhilang, juga terpadam.
Kenangan bukan api yang boleh dipadamkan dengan menjirus air dan menyembur bisa, atau apa sahaja. Ia selalu bertandang kembali pada detik-detik kemudian.
Barangkali mengganggu. Mengusik atau mencambah rasa suka, senyum riang.. Terpulang.
Kenangan datang lagi, antara mimpi dan realiti, antara suka dan pedih..
Itulah hakikat kehidupan manusia.
Kenangan kadangkala menjadi tetamu. Tetamu yang tidak diundang.
Bertandang dalam sedar, antara tangis gembira dan ketawa duka antara membenci dan menyukainya.
Dan kenangan bukan suatu pembohongan.
Masa-masa yang berlalu adalah sejarah.
Kehidupan adalah hari ini.
Esok belum pasti.
Biar apa pun perancangannya.
Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak. Bukan hakiki.
Yang penting dalam hidup ini, juga suatu kewajipan, mempercayai takdir juga qada dan qadar dariNYA..
Posted by Nurain at 17:33 0 comments
hari ini...
23. 9 2010
3.00am
Aku masih distudio menyiapkan kerja yg sudah lama tertangguh. kemengantukan mula melanda diriku dan aku masih disini. hmm..ntah bila la kerja aku nk siap..minggu depan terlalu banyak perkara yang harus difikirkan terutama pembentangan tentang final projek..arrgghhhh...peneng kepala aku memikirkannya..walaupun aku terpaksa lalui semua neh tapi aku tetap bersyukur kerana aku masih diberi peluang olehNYA untuk menikmati segala nikmat dan kurniaanNYA di atas muka bumi ini..Aku tekad dan tanamkan dalam diri bahawa segala dugaan dan cabaran yang aku lalui sekarang adalah kemanisan buat aku di masa hadapan..segalanya adalah kenangan buat aku..biarlah apa yang berlaku aku akan tetap menjadi diri aku..YA ALLAH, kuat lah semangat hambamu ini untuk menempuhi segala-galanya dengan tabah.....amin..
Posted by Nurain at 17:12 0 comments
Diari Dari Aien..
22. 9. 2010....
Thanks sangat kat awk sbb sudi luangkan sedikit masa untuk bantu sy buat blog neh..ntah sy pn x taw nape la sbelum neh sy slalu je lupa pasword bila nk buka blog..but now klu sy terlupa skurang kurangnya awk bley ingat kan sy..hehe..trima kasih awak... (khas utk die..=') )
Posted by Nurain at 06:28 0 comments