Disaat jejari ini cuba menzahirkan apa yang terbuku dihati..aku ingin kau tahu, bahawa air mata ini mengalir walaupun aku cuba untuk menyimpan segala-galanya jauh dilubuk hatiku..aku tahu walau sedalam mana aku cuba untuk menyimpannya, ia akan tetap juga kelihatan kerana kesakitan yang aku rasa sekarang terlalu pedih..
Aku cuba untuk melenyapkan segala yang pernah aku lalui walaupun pada hakikatnya semua itu mustahil untuk aku zahirkan..biar semuanya hilang kerana aku tidak terdaya lagi untuk mengingati segalanya..
Tidak pernah wujud kekesalan dalam diriku sepanjang perkenalan kita..kerana aku tahu Ya Maha Esa telah menetapkan segalanya yang terbaik untuk kita..Aku bahagia dan aku gembira kerana kau pernah hadir dan membahagiakan hidupku walaupun ianya hanya untuk seketika..Aku bersyukur kerana kau sering membuatkan aku tersenyum disaat aku mengalami hari-hari sukar dalam hidupku..
Kadangkala aku tidak tahu mengapa aku terlalu lemah untuk berhadapan dengan situasi begini..kenapa air mata sering saja menemaniku disaat aku berduka, walupun pada hakikatnya aku cuba untuk menjadi kuat dan tabah..
Ya ALLAH.. bantulah hambamu ini untuk tenang menghadapi segalanya..sesungguhnya kepada Kau aku berserah Ya ALLAH..amin...='(
0 comments:
Post a Comment